Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

26/04/2024

Biasiswa PIDM Undergraduate Scholarship

  • Listed: March 26, 2024 2:40 am

Description

Advertisement

APAKAH YANG DITAWARKAN DI BAWAH BIASISWA INI?

  • Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;

 

  • Program Mentor dan Bimbingan
    Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program. Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.

 

  • Program Latihan Praktikal
    Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).

 

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.

Criteria

APAKAH SYARAT-SYARAT KELAYAKAN?

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

  1. Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 January 2023) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  2. Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti;
  3. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas;
  4. Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM;
  5. Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan;
  6. Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;
  7. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon;
  8. Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.
Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

APAKAH BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK?

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pentadbiran Perniagaan
  4. Kewangan
  5. Perniagaan Antarabangsa
  6. Perbankan Islam
  7. Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  8. Sains Komputer /Teknologi Maklumat
  9. Ekonomi
  10. Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  11. Statistik
  12. Sains Aktuari
  13. Undang-undang / Undang-undang Syariah
  14. Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia
  15. Matematik (Aktuari)
  16. Pengurusan Risiko dan Insurans
  17. Insurans
  18. Komunikasi

SENARAI KOLEJ ATAU UNIVERSITI YANG DILULUSKAN

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  12. Universiti Sains Malaysia (USM)
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  18. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  19. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  3. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  4. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  5. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  6. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
  7. University Kuala Lumpur
  8. Monash University Malaysia
  9. Taylor’s university
  10. Sunway University
  11. The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)
  12. UCSI University
  13. Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  14. Management and Science University (MSU)
  15. Curtin University Malaysia
  16. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  17. SEGI university

Permohanan untuk Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2022 terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang memohon untuk atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sahaja. Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian (‘online’). Tarikh akhir untuk permohonan adalah pada 21 April 2023

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Anda boleh mengemukakan permohonan anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM. Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.

Soalan lazim disediakan untuk membantu anda sekiranya terdapat sebarang pertanyaan semasa mengisi Borang Permohonan:

SOALAN LAZIM

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hantarkan pertanyaan anda ke alamat e-mel ss@pidm.gov.my atau hubungi Puan Verrene Chia di talian 03-2303 0467 atau Encik Zulkefli Mohamed Noor di talian 03-2303 0687.

Read :  Full SPM/STPM Scholarships 2024 Listing – Click Here

APPLY NOW!! | INFO LANJUT KLIK SINI


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 51558c6068fcdd29

Carian Biasiswa 2023


Advertisement