Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

OPEN

Skim Bantuan Awal Pelajar IPT LZNK

  • Listed: March 18, 2024 1:51 am

Description

Advertisement

Bantuan ke IPT atau dikenali sebagai Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran ke IPT adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Sarjana Muda.

Permohonan Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah | Cara Mohon Bantuan Lembaga Zakat Kedah | Syarat dan Kelayakan

Pengenalan Agihan Awal IPT

Skim Agihan Awal IPT merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

Agihan ini adalah dibawah asnaf asnaf Fisabilillah dimana sumber kewangan adalah hasil kutipan Zakat Negeri Kedah Darul Aman dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak mengikut syarak.

Permohonan bagi agihan zakat ini dibuka sehingga 31 Disember 2024.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menerima agihan zakat ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2024 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
  4. Program pengajian bagi peringkat pasca-siswazah atau separuh masa adalah tidak layak.
  5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya 3 bulan pengajian.
  6. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  7. Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Negara.
  8. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  9. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my.
  2. Klik Menu ‘Aplikasi Atas Talian’
  3. Klik ‘Agihan Awal IPT.’
  4. Pilih ‘Dalam/Luar Negara.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar).
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris/Penjaga.
  3. Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  4. Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
  5. Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (Pelajar).
  6. Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti Surat bermastautin/Surat Rayuan Permohonan/ Resit Zakat (bagi yang berkaitan sahaja).

Maklumat Lanjut

Info lanjut mengenai Agihan Awal IPT, sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my.

SENARAI LENGKAP BIASISWA KLIK SINI!!


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 56960335459c01cc

Carian Biasiswa 2023


Advertisement