Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

07/04/2024

Biasiswa JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

  • Listed: February 28, 2024 8:53 am

Description

Advertisement

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024 mulai 29 Februari 2024 (10.00 pagi) sehingga 7 April 2024 (11.59 malam)

Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) untuk memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024. Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka mulai 29 Februari 2024 (jam 10.00 pagi) sehingga 7 April 2024 (jam 11.59 malam). Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah:

Iklan PIDN 2024
Sila klik di sini untuk memohon

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke pidn2024@jpa.gov.my (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)

1.0 PENGENALAN
1.1 Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti
pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik
Premier dan Government Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah
(PBU).
1.2 Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti
berikut:
(i) pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada
bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
setelah tamat pengajian;
(ii) bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima
sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
setelah tamat pengajian;
(iii) bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima
sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
setelah tamat pengajian; dan
(iv) selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar
balik sepenuhnya nilai pinjaman.

2.0 SYARAT PERMOHONAN
2.1 Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus
permohonan seperti berikut:
2.1.1 Syarat Umum

1) Warganegara Malaysia;
2) Mempunyai kesihatan yang baik;
3) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan
undang-undang oleh JPA;
4) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana
pihak di peringkat pengajian yang sama;
5) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
6) Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun
bagi pelajar peralihan).

2.1.2 Syarat Khusus
1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama
sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan
memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya
3.00;
atau

(ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum
melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di
peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat
memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di
peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU)
yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM);
atau
(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid
Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata
pelajaran;
dan
(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk
semester terkini / semasa.
B. Bidang Perubatan dan Pergigian:
(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini
pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian;
dan
(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak
termasuk semester terkini / semasa.

2.2 Semua bidang adalah ditaja di bawah PIDN Tahun 2022 KECUALI bidang-
bidang seperti berikut:
2.2.1 Bidang pendidikan;
2.2.2 Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil
lesen penerbangan;
2.2.3 Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
2.2.4 Program-program berkembar / dual ijazah / double degree dengan
institusi lain kecuali yang dibenarkan;
2.2.5 Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra
perkhidmatan;
2.2.6 Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
2.2.7 Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian /
pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

LAMPIRAN 1
SENARAI INSTITUSI YANG DITAJA DI BAWAH PIDN TAHUN 2023
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
21. Politeknik Premier
22. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
23. Universiti Multimedia (MMU)
24. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
25. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA MALAYSIA 2024 KLIK SINI

 


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 9106049943ed0446

Carian Biasiswa 2023


Advertisement