Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed

 

14/06/2024

Biasiswa Yayasan Sultan Azlan Shah

  • Listed: April 27, 2024 3:08 am

Description

Biasiswa Yayasan Sultan Azlan Shah Tahun 2024

Tarikh Tutup Permohonan Dalam Talian: 
14 JUN 2024

Sila baca arahan berikut dengan teliti sebelum memulakan permohonan anda.

  1. Muat turun dan isi borang permohonan dalam format PDF. Borang PDF yang dilampirkan boleh diisi secara digital dan memerlukan Adobe Reader. Untuk memuat turun Adobe Reader, sila layari https://get.adobe.com/reader/. Semasa penyerahan borang permohonan PDF secara muat naik digital, sila kemukakan borang permohonan PDF yang diisi secara digital dan bukannya salinan imbasan borang permohonan PDF.

  2. Semua bahagian dalam borang permohonan mesti dilengkapkan. Jika tidak berkaitan, nyatakan NIL / NA.

  3. Sediakan semua dokumen sokongan yang dikehendaki dalam salinan digital untuk penyerahan dalam talian:

    • Salinan MyKad yang disahkan benar
      [JPEG / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]

    • Foto terkini bersaiz pasport 
      [JPEG /
      Saiz Maksima Fail: 0.5 MB]

    • Salinan surat tawaran dari universiti / kolej yang disahkan benar (dengan pecahan yuran tuisyen pengajian) 
      [PDF / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]

    • Esei 
      [PDF / Saiz Maksima Fail: 0.5 MB]

    • Salinan sijil akademik (SPM, STPM, dll.) dan transkrip keputusan (peperiksaan) yang disahkan benar 
      [PDF / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]

    • Salinan sijil kegiatan ko-korikulum yang disahkan benar 
      [PDF / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]

    • Berkaitan dengan ibu bapa / penjaga / adik-beradik:

      • Salinan MyKad yang disahkan benar 
        [JPEG / 
        Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]

      • Bukti dokumen berkaitan pendapatan
        [PDF/ 
        Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]

    • Lain-lain
      [PDF/ 
      Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]

  4. Sila hantar permohonan secara dalam talian (penyerahan dokumen permohonan) sebaik semua dokumen yang diperlukan telah tersedia.

  5. Permohonan dalam talian hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024.

  6. Manakala satu set salinan borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah disampaikan ke alamat berikut selewat-lewatnya pada 21 Jun 2024:

Yayasan Sultan Azlan Shah 
Unit 3-3, Level 3, Office Block
Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun
48, Jalan Tun Mohd Fuad

Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel sebelum 12 Julai 2024 dan dipanggil untuk temuduga tidak lama kemudian.

INFO LANJUT DAN PERMOHONAN DI SINI


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 38856de422ccb4f8