14/06/2026
Biasiswa Yayasan Sultan Azlan Shah
- Listed: April 1, 2026 3:08 am
Description
Biasiswa Yayasan Sultan Azlan Shah Tahun 2026
Tarikh Tutup Permohonan Dalam Talian:
6 Julai 2026
Geran pendidikan yang ditawarkan terbuka kepada pelajar Malaysia yang memohon pengajian program sarjana muda secara sepenuh masa di universiti awam atau swasta di Malaysia.
Keutamaan diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan kewangan yang memiliki pencapaian akademik yang baik serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
Kelayakan
Calon yang layak menerima geran ini mestilah:
-
warganegara Malaysia
-
telah memohon dan memperoleh tawaran melanjutkan pelajaran dengan bersyarat / tanpa syarat ke dalam program ijazah sepenuh masa di universiti awam atau swasta di Malaysia
Nota
- Geran Pendidikan hanya ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti program ijazah pertama mereka di institusi pendidikan di Malaysia
-
Calon tidak menerima biasiswa / sebarang penajaan kewangan daripada mana-mana agensi lain
Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian selewat-lewatnya pada 6 Julai 2026.
Sila baca arahan berikut dengan teliti sebelum memulakan permohonan anda.
-
Muat turun dan isi borang permohonan dalam format PDF. Borang PDF yang dilampirkan boleh diisi secara digital dan memerlukan Adobe Reader. Untuk memuat turun Adobe Reader, sila layari https://get.adobe.com/reader/. Semasa penyerahan borang permohonan PDF secara muat naik digital, sila kemukakan borang permohonan PDF yang diisi secara digital dan bukannya salinan imbasan borang permohonan PDF.
-
Semua bahagian dalam borang permohonan mesti dilengkapkan. Jika tidak berkaitan, nyatakan NIL / NA.
-
Sediakan semua dokumen sokongan yang dikehendaki dalam salinan digital untuk penyerahan dalam talian:
-
Salinan MyKad yang disahkan benar
[JPEG / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB] -
Foto terkini bersaiz pasport
[JPEG / Saiz Maksima Fail: 0.5 MB] -
Salinan surat tawaran dari universiti / kolej yang disahkan benar (dengan pecahan yuran tuisyen pengajian)
[PDF / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB] -
Esei
[PDF / Saiz Maksima Fail: 0.5 MB] -
Salinan sijil akademik (SPM, STPM, dll.) dan transkrip keputusan (peperiksaan) yang disahkan benar
[PDF / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB] -
Salinan sijil kegiatan ko-korikulum yang disahkan benar
[PDF / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB] -
Berkaitan dengan ibu bapa / penjaga / adik-beradik:
-
Salinan MyKad yang disahkan benar
[JPEG / Saiz Maksima Fail: 2.0 MB] -
Bukti dokumen berkaitan pendapatan
[PDF/ Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]
-
-
Lain-lain
[PDF/ Saiz Maksima Fail: 2.0 MB]
-
-
Sila hantar permohonan secara dalam talian (penyerahan dokumen permohonan) sebaik semua dokumen yang diperlukan telah tersedia.
-
Permohonan dalam talian hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 6 Julai 2026.
-
Manakala satu set salinan borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah disampaikan ke alamat berikut selewat-lewatnya pada 21 Jun 2024:
Yayasan Sultan Azlan Shah
Unit 3-3, Level 3, Office Block
Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun
48, Jalan Tun Mohd Fuad
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel sebelum 12 Julai 2024 dan dipanggil untuk temuduga tidak lama kemudian.
INFO LANJUT DAN PERMOHONAN DI SINI
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
