18/03/2020
Biasiswa JPA Scholarship – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara
- Listed: February 11, 2020 10:36 pm
Description
TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA
TAHUN 2020
1.PENGENALAN
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Dalam Negara.
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2020 merupakan
penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 460 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan
pelajaran di dalam negara.
Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga
ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat
yang ditetapkan.
2. PERMOHONAN
Permohonan dibuka secara atas talian (online)
di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ selama sepuluh (10) hari
mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020.
Info Lanjut Di Sini | Mohon Segera!!
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..

Ad Reference ID: 6558ca7f4c129e4