Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

OPEN

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

  • Listed: June 21, 2023 9:21 am

Description

Advertisement

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sabah untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

 

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Peringkat Diploma

  • Aktuari Sains
  • Perikanan
  • Juru Ukur
  • Pertanian
  • Kejuruteraan
  • Sains Tulen
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Maritim
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Hartanah
  • Ukur Bahan
  • Perakaunan

ii) Peringkat Ijazah Sarjana Muda

  • Aktuari Sains
  • Pengurusan Hartanah
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Perhutanan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Perikanan
  • Keusahawanan
  • Pertanian
  • Juru Ukur
  • Perubatan
  • Perindustrian
  • Perubatan Veterinar
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Alam Sekitar
  • Sains Komputer
  • Seni Bina (Architecture)
  • Pendidikan
    – Matematik
    – Pengajian Islam
    – Bahasa Inggeris
    – Bahasa Cina
  • Seni Kreatif
  • Ukur Bahan
  • Pengajian Islam
  • Undang-Undang
  • Pengurusan Ladang
  • Perlombongan & Geologi
  • Renewable Energy
  • Oil & Gas

iii) Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Bidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah

iv) Pengajian ke Luar Negara

  • Penajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka di dunia.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah dan sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah; atau
  2. Salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Had Umur

  1. Pemohon untuk peringkat Diploma hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  2. Pemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
  3. Pemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana hendaklah tidak melebihi 30 tahun.

ii) Kelayakan Akademik

a) Diploma

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
  2. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

b) Ijazah Sarjana Muda

  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  2. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya Jayyid.
  3. Lulus Diploma dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  4. Lulus Matrikulasi dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  5. Lulus Asasi/Foundation dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

c) Sarjana

  1. Lulus Sarjana Muda dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  2. Keutamaan diberikan kepada pelajar tajaan BKNS untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana.
  3. Pelajar peringkat Sarjana hendaklah lepasan pengajian Sarjana Muda yang belum memperoleh pekerjaan dan mod pengajian adalah sepenuh masa.

d) Perubatan, Pergigian dan Farmasi

  1. Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang https://biasiswa.sabah.gov.my/

Untuk Senarai Penuh Biasiswa KLIK SINI!!


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 900606914a14886e

Carian Biasiswa 2023


Advertisement