OPEN
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
- Listed: June 21, 2023 9:21 am
Description
BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sabah untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
i) Peringkat Diploma
- Aktuari Sains
- Perikanan
- Juru Ukur
- Pertanian
- Kejuruteraan
- Sains Tulen
- Kesihatan dan Perusahaan Ternak
- Seni Bina (Architecture)
- Maritim
- Teknologi Maklumat
- Pengurusan Hartanah
- Ukur Bahan
- Perakaunan
ii) Peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Aktuari Sains
- Pengurusan Hartanah
- Ekonomi
- Perakaunan
- Farmasi
- Pergigian
- Kejuruteraan
- Perhutanan
- Kesihatan dan Perusahaan Ternak
- Perikanan
- Keusahawanan
- Pertanian
- Juru Ukur
- Perubatan
- Perindustrian
- Perubatan Veterinar
- Pelancongan dan Hospitaliti
- Sains Alam Sekitar
- Sains Komputer
- Seni Bina (Architecture)
- Pendidikan
– Matematik
– Pengajian Islam
– Bahasa Inggeris
– Bahasa Cina - Seni Kreatif
- Ukur Bahan
- Pengajian Islam
- Undang-Undang
- Pengurusan Ladang
- Perlombongan & Geologi
- Renewable Energy
- Oil & Gas
iii) Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Bidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah
iv) Pengajian ke Luar Negara
- Penajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka di dunia.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah dan sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah; atau
- Salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:
i) Had Umur
- Pemohon untuk peringkat Diploma hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
- Pemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
- Pemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana hendaklah tidak melebihi 30 tahun.
ii) Kelayakan Akademik
a) Diploma
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
- Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
b) Ijazah Sarjana Muda
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya Jayyid.
- Lulus Diploma dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Lulus Matrikulasi dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Lulus Asasi/Foundation dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
c) Sarjana
- Lulus Sarjana Muda dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Keutamaan diberikan kepada pelajar tajaan BKNS untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana.
- Pelajar peringkat Sarjana hendaklah lepasan pengajian Sarjana Muda yang belum memperoleh pekerjaan dan mod pengajian adalah sepenuh masa.
d) Perubatan, Pergigian dan Farmasi
- Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang https://biasiswa.sabah.gov.my/
Untuk Senarai Penuh Biasiswa KLIK SINI!!
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..