16/04/2026
BIASISWA JPA | PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ)
- Listed: April 7, 2026 11:32 pm
Description
-
-

KEMASKINI TAWARAN PENAJAAN PROGRAM KHAS JPA JKPJ BAGI PELAJAR SPM 2025

PROGRAM KHAS JPA-JKPJ TAHUN 2026 – KLIK SINI
PERMOHONAN PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAHUN 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2025 untuk memohon penajaan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2026. Permohonan adalah secara dalam talian akan dibuka bermula 3 April sehingga 16 April 2026 (jam 5.00 ptg). Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah:
Permohonan bagi Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2026 dibuka mulai 3 April 2026 (Jumaat) jam 3.00 petang hingga 16 April 2026 (Khamis) jam 5.00 petang.
Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ ibu/ bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/ disenarai hitam pinjaman JPA.
Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/disenarai hitam, sila hubungi 03-8000 8000 atau salurkan pertanyaan melalui https://forms.gle/gGAu45dtiDafDnqW6 dalam tempoh 3 April 2026 (Jumaat) hingga 10 April 2026 (Jumaat) untuk penyelarasan lanjut.
Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.
Semakan senarai hitam JPA boleh dibuat di pautan:
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/tunggakanindividu.php
Sila klik di sini untuk memohon
Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke lepasanspm2026@jpa.gov.my
(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).SENARAI PENUH BIASISWA KLIK SINI
-
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
