Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed

 

08/05/2025

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Scholarship

  • Listed: April 19, 2025 7:22 pm

Description

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) invites qualified Malaysians to apply for scholarships to pursue study programmes at local public institution of higher learning (IPTA).

Tawaran Biasiswa TNB Prime Scholarship 2025

 

Di manakah saya boleh membuat permohonan Biasiswa

Prime Scholarship dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine

Sponsorship?

Bilakah tarikh buka dan tutup permohonan?

Pemohon boleh memasukkan maklumat diri dan keluarga ke dalam sistem permohonan mulai sekarang di Portal permohonan YTN. Permohonan perlu dilengkapkan dan dihantar secara dalam talian mulai:

  • Biasiswa Prime Scholarship Luar Negara : 24 April hingga 8 Mei 2025
  • Biasiswa Prime Scholarship di UNITEN : 24 April hingga 8 Mei 2025
  • Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship di UNITEN : 24 April hingga 8 Mei 2025

Apakah peringkat penajaan yang ditawarkan?

Biasiswa Prime Scholarship

  1. Luar Negara: Dari Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka Luar Negara.
  2. UNITEN: Dari Peringat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN.

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship di UNITEN

  1. UNITEN Peringkat Asas.
  2. UNITEN Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  3. UNITEN Peringkat Diploma (untuk anak staff TNB/anak syarikatnya sahaja).

Apakah bidang pengajian yang ditaja?

(Akan dikemaskini dalam masa terdekat untuk tahun 2025)

Pengambilan 2024

Biasiswa Prime Scholarship di Luar Negara

Pengambilan 2024: Kejuruteraan (Elektrik Kuasa) • Kejuruteraan (Renewable Energy) • Kejuruteraan (Kimia) • Data Sains

Biasiswa Prime Scholarship di UNITEN:

Pengambilan 2024: Kejuruteraan (Elektrik Kuasa) • Sains Komputer • Pemasaran • Sumber Manusia/ Keusahawanan

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship di UNITEN

Bidang Kejuruteraan dan Bukan Kejuruteraan yang ditawarkan oleh UNITEN.

> Bidang pengajian yang akan ditaja adalah berbeza-beza setiap tahun.

> Pemohon wajib mengikuti kursus atau bidang yang ditawarkan sahaja.

Apakah syarat umum untuk memohon Biasiswa Prime Scholarship?

Biasiswa Prime Scholarship Luar Negara dan UNITEN :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  3. Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa Prime.
  4. Aktif dalam ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
  5. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan dari YTN adalah tidak layak memohon.
  6. Tidak menerima tajaan lain untuk pengajian yang sama.

Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon

Biasiswa Prime Scholarship?

Biasiswa Prime Scholarship Luar Negara

Lulus SPM 2024 dengan minimum Level B1 dalam subjek Bahasa Inggeris (CEFR) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian bidang pengajian yang ditawarkan.

Biasiswa Prime Scholarship di UNITEN

Lulus SPM 2024 dengan minimum A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, serta minimum A- dalam 4 subjek lain mengikut bidang pengajian yang ditawarkan.

Apakah syarat dan kelayakan akademik untuk memohon

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship di UNITEN?

  1. Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship peringkat Diploma hanya layak untuk Anak Anggota Kerja TNB dan Anak-anak Syarikatnya sahaja.
  2. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  3. Peringkat Asas, pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun permohonan dibuat.
  4. Peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma, pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  5. Bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat minimum PNGK 2.70 (PNGK >2.70) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
  6. Bagi pelajar peringkat Diploma di UNITEN yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat minimum PNGK 2.50 (PNGK >2.50) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
  7. Pemohon telah mendapat tempat pengajian/ surat tawaran pengajian di UNITEN.
  8. Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di UA.
  9. Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan dari YTN adalah tidak layak memohon.
  10. Tidak menerima tajaan lain untuk pengajian yang sama.

Selain daripada syarat umum permohonan dan kelayakan

akademik, apakah kriteria lain pemilihan penawaran bagi

Biasiswa Prime Scholarship?

Kriteria lain pemilihan merangkumi penilaian ujian Psikometrik, penglibatan kokurikulum, kualiti kepimpinan dan keperibadian yang tinggi.

Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan

tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah

dibenarkan?

Pemohon tidak dihalang daripada mengemukakan permohonan, namun adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi semua syarat yang ditetapkan sahaja akan dipertimbangkan dalam proses penilaian.

Bolehkah saya menggunapakai keputusan peperiksaan

IGCSE atau peperiksaan lain yang setaraf untuk memohon?

Tidak boleh. Hanya keputusan peperiksaan yang telah ditetapkan sahaja digunapakai sebagai syarat kelayakan akademik.

Bahasa apa yang perlu saya gunakan semasa mengisi permohonan?

Pemohon boleh melengkapkan permohonan menggunakan sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu sahaja.

Adakah saya perlu menghantar borang atau apa-apa

dokumen semasa membuat permohonan?

Tidak perlu. Tiada dokumen hardcopy yang perlu diserahkan kepada YTN semasa permohonan secara dalam talian dibuat.

Bilakah saya akan mendapat maklumbalas selepas

menghantar permohonan secara dalam talian?

Semua permohonan akan diproses dan dinilai terlebih dahulu untuk tujuan penyenaraian pendek. Pemakluman berkenaan tarikh semakan calon yang berjaya disenaraipendek boleh disemak di laman sesawang rasmi Yayasan Tenaga Nasional.

>> Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa menyemak laman sesawang YTN di https://ytn.tnb.com.my bagi mendapatkan maklumat terkini.

Apakah proses permohonan tajaan?

Biasiswa Prime Scholarship:

  1. Permohonan dibuat secara dalam talian sahaja
  2. Calon akan disenaraipendek
  3. Calon yang disenaraipendek sahaja perlu memuatnaik dokumen sokongan di portal permohonan YTN
  4. Calon perlu hadir temuduga secara bersemuka atau secara dalam talian
  5. Pemakluman keputusan calon berjaya yang mendapat tawaran tajaan YTN
  6. Pengesahan penerimaan tawaran tajaan oleh calon berjaya di portal permohonan YTN
  7. Calon berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran Tajaan YTN dan dokumen-dokumen lain yg berkaitan
  8. Penghantaran dokumen sokongan hardcopy oleh calon berjaya ke Pejabat YTN

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship:

  1. Permohonan dibuat secara dalam talian
  2. Calon akan disenaraipendek
  3. Calon yang disenaraipendek sahaja perlu memuat naik dokumen sokongan di portal permohonan YTN
  4. Pemakluman keputusan calon berjaya yang mendapat tawaran tajaan YTN
  5. Pengesahan penerimaan tawaran tajaan oleh calon berjaya di portal permohonan YTN
  6. Calon berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran Tajaan YTN dan dokumen yang berkaitan
  7. Penghantaran dokumen sokongan hardcopy oleh calon berjaya ke Pejabat YTN

Adakah saya wajib melalui proses ujian temuduga sebelum

ditawarkan Biasiswa Prime Scholarship?

Ya. Pemohon yang berjaya disenaraipendek adalah diwajibkan menghadiri sesi temuduga sebagai sebahagian daripada proses pemilihan. Maklumat berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah

(PBU) Shine Sponsorship?

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship merujuk kepada pinjaman pendidikan yang diberikan kepada pelajar, di mana jumlah bayaran balik pinjaman boleh dipertimbangkan untuk dikurangkan berdasarkan pencapaian akademik pelajar setelah tamat pengajian. Pengurangan ini adalah tertakluk kepada polisi dan syarat semasa yang ditetapkan oleh YTN.

Adakah Yuran Penginapan termasuk dalam bentuk tajaan

pelajaran yang akan diterima?

Tidak. Pelajar tajaan dinasihatkan untuk menguruskan peruntukan Elaun Sara Hidup (ESH) bulanan dengan berhemah bagi menampung perbelanjaan makan minum, penginapan dan keperluan lain sepanjang tempoh pengajian.

Apakah kelebihan jika berjaya ditawarkan Biasiswa Prime

Scholarship, selain mendapat pelbagai elaun?

Selain menerima pelbagai jenis elaun, pelajar tajaan turut berpeluang untuk menyertai pelbagai program pembangunan kendiri dan aktiviti anjuran YTN, antaranya:

  • Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti Student CSR Exploration (SCoRE).
  • Temasya Sukan Tahunan YTN, yang menghimpunkan semua pelajar tajaan.
  • Program Pembangunan Pelajar, termasuk Program YTN Future Leaders yang bertujuan melahirkan pemimpin masa hadapan.

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan melalui emel ke infoytn@tnb.com.my atau hubungi terus talian di 03-89247500.

Info Lanjut dan Permohonan KLIK SINI

Full Scholarships for SPM/STPM Click Here

Info Penting Lepasan SPM/STPM :-




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 16656cca35db0c28