Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed

 

19/04/2026

Program Khas JPA Perubatan, Pergigian dan Farmasi Ijazah Pertama (PPF) Tahun 2026

  • Listed: January 11, 2026 8:39 am

Description

Permohonan bagi Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Ijazah Pertama (PPF) Tahun 2026

Permohonan bagi Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Ijazah Pertama (PPF) Tahun 2026 dibuka mulai 13 Januari 2026 (Selasa) jam 5.00 petang hingga 19 April 2026 (Ahad) jam 5.00 petang.

Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ ibu/ bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/ disenarai hitam pinjaman JPA. Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/ disenarai hitam, sila hubungi Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi di talian 03-8885 3475/3492 atau e-mel kutipan@jpa.gov.my (waktu pejabat sahaja) dalam tempoh 13 Januari 2026 hingga 10 April 2026 untuk penyelarasan lanjut. Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.

 

Notis Iklan PPF

Soalan Lazim

Pautan Permohonan

 

Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (Ijazah Pertama) (PPF) ini ditawarkan kepada pelajar yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di dalam negara dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang telah mendapat pengiktirafan penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan telah diiktiraf oleh Badan Profesional berkaitan iaitu Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia.

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi merealisasikan impian anda!

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;

 

  • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

 

  • Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

 

  • Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;

 

  • Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;

 

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan

 

  • Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).

Syarat Khusus

  • Sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
  • Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet;
  • Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan;
  • Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon; dan
  • Pelajar yang sedang memohon pertukaran kursus/ bidang pengajian (termasuk bidang selain perubatan, pergigian dan farmasi) dan belum diluluskan oleh institusi pengajian adalah tidak dibenarkan memohon PPF;
  • Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

 

    • Bagi kategori pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada semester pertama di peringkat Ijazah Pertama dan belum memperoleh keputusan semasa di peringkat pengajian tersebut, hendaklah memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50 atau setara di peringkat Persediaan/ Asasi Universiti Awam/ Matrikulasi KPM/ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

 

    • Bagi kategori pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama, hendaklah memperoleh keputusan semasa seperti berikut:

 

      • Lulus” dalam bidang Perubatan dan Pergigian;

 ATAU 

 

      • PNGK sekurang-kurangnya 3.30 dalam bidang Farmasi 

 

                    DAN 

      • Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa.

 

Info lanjut:
penajaan.jpa.gov.my

APPLY NOW!!

Sebarang pertanyaan:
03-8885 3297
ppfip2026@jpa.gov.my

UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA/DERMASISWA LAYARI – KLIK SINI




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 67967c3a8abc96a2