30/03/2025
Hadiah Pengajian IPT RM1,000
- Listed: March 23, 2025 8:53 am
Description
Pelajar anak Negeri Selangor yang bakal mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh membuat permohonan bagi mendapatkan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) 2025.
Berikut merupakan maklumat mengenai hadiah ini dan cara untuk memohon.
HPIPT ialah Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Pemohon yang layak untuk memohon merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Permohonan
Pemohon yang berminat memohon hadian pengajian ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
– Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
– Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
– Pemohon bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun. - Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat ljazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran tahap 4 sahaja.
- Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
- Pemohon adalah pelajar TAHUN PERTAMA sahaja.
- Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
- Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.
Kategori Pemohon Tidak Layak Memohon
Kategori-kategori berikut tidak layak memohon:
- Pemohon yang belajar di Kolej Vokasional dan tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia.
- Pemohon Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM); dan
- Pemohon yang menerima elaun bulanan daripada mana-mana insitusi kerajaan seperti Pendidikan Guru (IPG), Kolej Kejururawatan dan lain-lain.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web iaitu https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.
- Klik ‘Daftar Akaun.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan.
- Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Masukkan maklumat permohonan dengan lengkap.
- Hantar permohonan tersebut.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon.
- Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
- Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
- Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
- Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja) untuk:
– Pemohon
– Ibu
– Bapa - Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
- Salinan Sijil Berhenti sekolah rendah darjah 1-6 dan sekolah menengah tingkatan 1-5.
- Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji ibu dan bapa/Penjaga pemohon (jika masih bekerja).
- Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT; atau
- Kad Pesara dan Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
- Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.
Prosedur Pembayaran
Permohonan yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang diletakkan di dalam permohonan.
Hanya permohonan yang menepati syarat dan didapati lengkap sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/.
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
