07/03/2025
MoHE – Seoul Tech Scholarship 2025
- Listed: February 1, 2025 9:49 am
Description
Hebahan Tawaran Biasiswa 2025 Seoul Tech Scholarship Bagi Pengajian Sarjana di Republik Korea
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Republik Korea telah menerima tawaran pencalonan bagi penerima biasiswa ‘2025 Seoul Tech Scholarship’ daripada Seoul Metropolitan Government (SMG).
Pada tahun 2025, SMG menyasarkan seramai 30 orang penerima biasiswa bagi pengajian peringkat Sarjana. Pelajar Malaysia yang layak memohon adalah berfokus kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian di universiti yang berada di Kuala Lumpur sahaja, yang merupakan Friendship City of Seoul dan tidak melebihi umur 40 tahun. Pelajar yang terpilih akan ditanggung yuran pengajian peringkat Sarjana mulai September 2025 di universiti di Seoul, Korea Selatan, tiket penerbangan, bayaran insuran dan Elaun Sara Hidup (ESH) berjumlah KRW 1,000,000 sebulan. Perincian lanjut mengenai tawaran biasiswa ini dilampirkan, seperti senarai dokumen berikut:
(1) pdf Maklumat berkenaan tawaran biasiswa ‘2025 Seoul Tech Scholarship’; (184 KB)
(2) pdf Maklumat universiti yang terlibat; (4.40 MB)
(3) pdf Maklumat bidang yang ditawarkan mengikut universiti; (277 KB)
(4) document Borang permohonan (versi Words); dan (63 KB)
(5) pdf Borang permohonan (versi pdf) (305 KB)
Tarikh akhir permohonan biasiswa tersebut adalah pada 7 Mac 2025 dan permohonan perlu melalui Kedutaan Besar Malaysia sebelum dihantar kepada pihak penganjur. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel kepada pegawai PPL Seoul, Korea Selatan iaitu Encik Shahril Nizam bin Idris, shahril.idris@jpa.gov.my dan Puan Liyana Jalwati binti Alias, liyana.alias@jpa.gov.my .
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
