Description
Untuk makluman, MAIK merupakan agensi ditubuhkan pada 24 Disember 1915 yang mana penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.
Di bawah strategi MAIK iaitu memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan), MAIK telah memperkenalkan biasiswa ini bagi membantu anak-anak Negeri Kelantan lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian mereka di IPTA.
Permohonan bagi Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini dibuka bermula 1 April 2026 sehingga 15 April 2026.
Program ini merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swata, sama ada di semester pertama (telah mendapat keputusan) dan semester seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di Dalam Negara sahaja.
1. Terbuka kepada anak-anak asnaf negeri Kelantan yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). (Memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM)
2. Merupakan warganegara Malaysia yang lahir (peranakan Negeri Kelantan) dan bermastautin tetap di Kelantan.
3. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
5. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
6. Telah menerima surat tawaran dan/ atau sedang menuntut minima semester pertama institusi (dengan baki semester sekurang-kurangnya 3 semester)
1. Sijil Kemahiran
a) Sijil yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2 DAN/ ATAU,
b) Memperolehi minima lulus SPM bagi sijil kemahiran yang lain.
2. Diploma
a) Minimum PNGS DAN PNGK 3.50 pada semester 1 dan seterusnya ATAU
b) Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas) 7 kredit
3. Ijazah Sarjana Muda
a) Minimum PNGS DAN PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya ATAU
b) Diploma PNGK 3.50 ke atas ATAU
c) STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ke atas ATAU
d) STAM yang setara dengan STPM ATAU
Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurang PNGK 3.00
Mana-mana bidang yang bermanfaat
*Bidang perubatan tidak menjadi keutamaan
*Institusi tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran
1. Maklumat permohonan hendaklah diisi dengan tepat, lengkap dan jujur seperti mana lampiran dokumen.
2. Permohonan secara atas talian dan pautan disediakan di ruangan komen/
Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah, Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan dibawah kod 21124 – Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK
3. Manual permohonan:
(Memohon melalui sistem eagihan

Permohonan

Muatnaik dokumen (Dalam status PERMOHONAN)

Permohonan dihantar

Kemaskini Maklumat (dalam masa 7 hari selepas dapat no rujukan)

Proses pengurusan MAIK)
*


PIHAK MAIK BERHAK MENOLAK PERMOHONAN SEKIRANYA TERDAPAT UNSUR-UNSUR PENIPUAN MAKLUMAT ATAU PEMALSUAN DOKUMEN TANPA SEBARANG NOTIS
*tertakluk kepada tarikh permohonan dibuka
Unit Tajaan Pendidikan

09-7421519

Secara atas talian (http://eagihan.e-maik.my)
Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK serta seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah Kod 21124 – Program Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK.
Untuk Senarai Penuh Biasiswa 2025 KLIK SINI
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..