Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed



 

31/05/2024

Biasiswa Yayasan Sarawak

  • Listed: May 1, 2024 8:44 am

Description

Advertisement

Yayasan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) mempelawa calon-calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan

1) Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)
2) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

Tarikh Permohonan:
15 April 2024 hingga 31 Mei 2024 (4:00 petang)

SILA PASTIKAN ANDA TELAH MEMBACA DENGAN TELITI PERINCIAN TAWARAN BIASISWA SESI 2024/2025 SEBELUM MEMOHON BAGI MEMASTIKAN ANDA MEMOHON BIASISWA YANG BETUL DAN MEMENUHI SYARAT DAN KRITERIA YANG TELAH DITETAPKAN.

SILA KLIK DI BAWAH:

TAWARAN BIASISWA SESI 2024/2025

Permohonan secara dalam talian (klik di bawah):
1. Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)
2. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

 

Berikut merupakan biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak :-

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)

Tujuan

  • Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kursus dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.

Syarat

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas.
  • Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja.

Bantuan

  • Kerja Kursus:
    • Pengajian Ijazah Pertama dalam negara sahaja.
    • Pengajian Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara.
    • Keutamaan kepada senarai tawaran kursus dan lulus temuduga.
    • Permohonan dibuka setahun sekali melalui iklan tawaran.
  • Penyelidikan:

    • Peringkat Sarjana, PhD dan Kepakaran di dalam dan luar negara.
    • Keutamaan kepada senarai kursus yang ditawarkan dan lulus temuduga.
    • Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Permohonan

 

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

Tujuan

  • Menyediakan biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus bukan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
  • Ambilan pelajar terbuka kepada semua IPTA dan IPTS yang terpilih sahaja di Malaysia untuk peringkat Sarjana Muda sehingga PhD.

Syarat

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM.
  • Memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannnya.

Bantuan

  • Ijazah Sarjana Muda:
    Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
  • Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran):
    Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
  • Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).

Permohonan

 

Biasiswa Program Perubatan

Tujuan

  • Khusus untuk pelajar mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Program Perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Setiap tahun 40 orang pelajar akan dipilih sebagai usaha untuk meningkatkan bilangan doktor di Sarawak.

Syarat

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Mendapat tawaran dan pengesahan pengajian program perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Melepasi proses temuduga.

Permohonan

  • Yuran pengajian, sara hidup, pengangkutan, penginapan, bantuan buku, elaun perkakasan, elaun kertas dan projek.

 

Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak (BTYS)

Tujuan

  • Menyedia biasiswa kepada pelajar peringkat Sekolah Menengah di Negeri Sarawak yang kurang berkemampuan.
  • Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.

Syarat

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 2.
  • Tapisan pemilihan pelajar adalah berdasarkan pendapatan per kapita keluarga yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
  • Pelajar TIDAK penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada daripada kerajaan atau pihak luar.
  • Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Bantuan

  • Kadar tetap Tingkatan 2 – 5 adalah RM400.00 bagi setiap pelajar.

Permohonan

  • Borang permohonan diedarkan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS).

 

Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt)

Tujuan

  • Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

Syarat

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
  • Mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
  • Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
  • Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.

Bantuan

  • Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
    Dalam Sarawak : RM1,000.00
    Luar Sarawak : RM1,500.00

Permohonan

Untuk Senarai Penuh Biasiswa 2024/2025 KLIK SINI!!


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 9596057e8565bb30

Carian Biasiswa 2024


Advertisement