31/05/2024
Biasiswa Yayasan Sarawak
- Listed: May 1, 2024 8:44 am
Description
Yayasan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) mempelawa calon-calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan
1) Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)
2) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)
Tarikh Permohonan:
15 April 2024 hingga 31 Mei 2024 (4:00 petang)
SILA PASTIKAN ANDA TELAH MEMBACA DENGAN TELITI PERINCIAN TAWARAN BIASISWA SESI 2024/2025 SEBELUM MEMOHON BAGI MEMASTIKAN ANDA MEMOHON BIASISWA YANG BETUL DAN MEMENUHI SYARAT DAN KRITERIA YANG TELAH DITETAPKAN.
SILA KLIK DI BAWAH:
TAWARAN BIASISWA SESI 2024/2025
Permohonan secara dalam talian (klik di bawah):
1. Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)
2. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)
Berikut merupakan biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak :-
Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)
Tujuan
- Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kursus dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
Syarat
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
- Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas.
- Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja.
Bantuan
- Kerja Kursus:
- Pengajian Ijazah Pertama dalam negara sahaja.
- Pengajian Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara.
- Keutamaan kepada senarai tawaran kursus dan lulus temuduga.
- Permohonan dibuka setahun sekali melalui iklan tawaran.
- Penyelidikan:
- Peringkat Sarjana, PhD dan Kepakaran di dalam dan luar negara.
- Keutamaan kepada senarai kursus yang ditawarkan dan lulus temuduga.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Permohonan
- BYSTT (Kerja Kursus):
- Permohonan atas talian.
- Tarikh Permohonan: Dijangka pada bulan Ogos setiap tahun.
- BYSTT (Penyelidikan):
Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)
Tujuan
- Menyediakan biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus bukan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
- Ambilan pelajar terbuka kepada semua IPTA dan IPTS yang terpilih sahaja di Malaysia untuk peringkat Sarjana Muda sehingga PhD.
Syarat
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
- Pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM.
- Memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannnya.
Bantuan
- Ijazah Sarjana Muda:
Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan. - Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran):
Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan. - Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
Permohonan
- Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan di akhbar tempatan dan laman web.
- Permohonan atas talian.
Biasiswa Program Perubatan
Tujuan
- Khusus untuk pelajar mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Program Perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
- Setiap tahun 40 orang pelajar akan dipilih sebagai usaha untuk meningkatkan bilangan doktor di Sarawak.
Syarat
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
- Mendapat tawaran dan pengesahan pengajian program perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
- Melepasi proses temuduga.
Permohonan
- Yuran pengajian, sara hidup, pengangkutan, penginapan, bantuan buku, elaun perkakasan, elaun kertas dan projek.
Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak (BTYS)
Tujuan
- Menyedia biasiswa kepada pelajar peringkat Sekolah Menengah di Negeri Sarawak yang kurang berkemampuan.
- Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.
Syarat
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
- Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 2.
- Tapisan pemilihan pelajar adalah berdasarkan pendapatan per kapita keluarga yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
- Pelajar TIDAK penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada daripada kerajaan atau pihak luar.
- Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.
Bantuan
- Kadar tetap Tingkatan 2 – 5 adalah RM400.00 bagi setiap pelajar.
Permohonan
- Borang permohonan diedarkan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS).
Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt)
Tujuan
- Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.
Syarat
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
- Terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
- Mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
- Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
- Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.
Bantuan
- Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
Dalam Sarawak : RM1,000.00
Luar Sarawak : RM1,500.00
Permohonan
Untuk Senarai Penuh Biasiswa 2024/2025 KLIK SINI!!
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..