22/06/2023
Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV 2023
- Listed: June 6, 2023 9:26 am
Description
AdvertisementTawaran Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2022

FELDA mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2022 yang layak untuk memohon ke Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University ambilan sesi 2023.
- Tawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
- Elaun Sara Hidup sepanjang pengajian
- Kemudahan penginapan
- Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme (IEP)
- Neuro Linguistic Programming (NLP)
Program Pengajian
Program pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA adalah seperti berikut:
- Bahasa Antarabangsa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea): Tempoh Pengajian- 3 Bulan
- Foundation (Computing & Technology): Tempoh Pengajian-12 Bulan
- Ijazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology): Tempoh Pengajian- 36 Bulan
Bidang Pengkhususan seperti Cyber Security, Big Data, loT, FinTech, Computer Games Development, Multimedia VP/AR, Computer Science, Intelligent Systems, Software Engineering dan seumpamanya. - Pensijilan IR 4.0: Tempoh Pengajian- 10 Hari
APU Certified Java Developer, APU Certified Cybersecurity Engineer, APU Certified Data Engineer, APU Certified Data Cloud Practitioner, APU Certified Network Administrator, APU Certified Animator, APU Certified Digital Marketing Specialist. - Program Neuro Linguistik (FELDA)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:
- Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021.
- Merupakan Anak Peneroka/Generasi Baharu FELDA/anak petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.
- Pemohon merupakan lepasan SPM 2021.
- Pemohon mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.
- Pemohon mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
Cara Memohon
Permohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu
– Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA: https://tinyurl.com/4ms6kp4k
– Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA: https://tinyurl.com/4k2ue9f5 - Isi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai DGL, sila hubungi:
- Farah Nadirah (Bahagian Akademik Yayasan FELDA): 03-2693 4224 fnadirah.ms@felda.net.my
- Shahrul (Bahagian Pendidikan FELDA): 03-2191 2084 mshahrul.r@felda.net.my
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..

Ad Reference ID: 34962ba58aba0f9e