01/03/2023
Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor
- Listed: January 30, 2023 6:27 am
Description
AdvertisementBiasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara merupakan biasiswa penuh dan pinjaman boleh ubah untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject 2023 QS World University Ranking).
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 1 Mac 2023 secara atas talian.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:
i) Skop SMART Selangor
- Governance
- Energy and Utility
- Water Management
- Waste Management
- Building and Housing
- Transport and Mobility
- Safety and Security
- Healthcare
- Disaster Management
- Food and Agriculture
- Education
ii) Bidang-bidang berkaitan
- Human and Social Development
- Culture and Heritage
- Manufacturing
- Environment
- Business
- Retail
- Commercial
- Technology
- Communication
Syarat Am
Syarat am yang ditetapkan untuk permohonan kedua-dua pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
– Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
– Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
– Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor. - Permohonan terbuka kepada pelajar yang berstatus bujang/belum berkahwin.
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa
- Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif
- Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain
- Sihat tubuh badan
- Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah
- Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan
- Universiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan.
Syarat Akademik
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:
i) Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor
- Memiliki Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
- Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/TOEFL (100/120) /MUET Band (5.0).
- Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah
ii) Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara
- Memiliki Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya.
- Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/ TOEFL (80/100) / MUET Band (4.0).
- Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan bagi pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Layari link permohonan iaitu https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.
- Klik butang “Daftar.”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar Akaun.”
- Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua pembiayaan ini, sila hubungi Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-5521 2275/03-5544 7484 atau emel ke tkwbns@selangor.gov.my.
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
