11/05/2025
BIASISWA JPA – PROGRAM PENAJAAN NASIONAL (PPN)
- Listed: March 24, 2025 7:46 am
Description


Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Syarat Khusus
Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul AlDin/ Al-Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan satu mata pelajaran lain;
DAN JIKA ADA,
Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Permohonan
Permohonan bagi Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2025 dibuka mulai 30 April 2025 (Rabu) jam 10.00 pagi hingga 11 Mei 2025 (Ahad) jam 5.00 petang.
Senarai Calon PPN 2025 – Kejuruteraan – Sains dan Teknologi
Senarai Calon PPN 2025 – Selain Kejuruteraan – Sains dan Teknologi

FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
