Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

15/02/2024

Bantuan Yayasan Amal Tenaga

  • Listed: January 1, 2024 10:08 am

Description

Advertisement

Mengenai Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Yayasan Amal Tenaga merupakan yayasan yang diwujudkan di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bagi membantu keluarga yang memerlukan bantuan pelajaran, yayasan ini telah memperkenalkan bantuan pelajaran ini bagi menyokong pembelajaran anak-anak mereka.

Bantuan pelajaran ini terbuka kepada keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah, sekolah menengah dan penuntut universiti/Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf.

Pemohonan boleh membuat permohonan segera untuk memohon bantuan ini sebelum 15 Januari sehingga 15 Februari 2024.

Pembahagian & Kelayakan

Pembahagian dan kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM250.
  • Terhad kepada 250 keluarga yang mempunyai anak di sekolah menengah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM500.
  • Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak yang menuntut di universiti/Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf dengan bantuan pelajaran berjumlah RM750.

Prosedur Permohonan

Prosedur untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut KLIK SINI
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan mestilah dihantar melalui pos sahaja ke alamat berikut:

Yayasan Amal Tenaga
96, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (kanak-kanak) yang jelas dan terang
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank
  4. Salinan Nombor Akaun Bank/Slip Pengesahan Akaun
  5. Salinan Sijil Cerai/Sijil Kematian (suami / isteri) *jika perlu
  6. Surat pengesahan pendapatan/slip gaji
  7. Surat pengisytiharan pendapatan/Surat Akuan Sumpah
  8. Surat pengesahan dari sekolah/universiti

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga 2024, sila layari laman web http://www.koptnb.com/.


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 79565b071324167e

Carian Biasiswa 2023


Advertisement