Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

OPEN

Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP

  • Listed: March 20, 2024 11:21 am

Description

Advertisement

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengalu-alukan anak Negeri Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Bantuan Awal Pelajar IPT 2024.

Bantuan Awal Pelajar IPT adalah sebahagian daripada bantuan yang ditawarkan oleh MUIP kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Pemberian bantuan ini diharap mampu membantu anak Negeri Pahang yang akan mendaftar di IPT bagi meneruskan pengajian mereka.

Anak Negeri Pahang yang berminat boleh memohon bantuan ini secara atas talian dan permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Asasi/Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Ph.D

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan menerusi bantuan ini adalah:

  • Sijil Asasi/Matrikulasi: RM500.00
  • Diploma: RM700.00
  • Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa): RM1,200.00
  • Ijazah Sarjana Muda (PJJ): RM1,5000.00
  • Ijazah Sarjana (Master): RM1,500.00
  • Ph.D (selain Pengajian Islam): RM3,000.00
  • Ph.D (Pengajian Islam): RM5,000.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pahang.
  3. Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT.
  4. Bagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
  5. Perlu mengemukakan slip bayaran pendaftaran/sebarang bukti pendaftaran ke IPT.

Cara Memohon

Untuk memohon bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar sebagai Pengguna Baharu.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Proses Penddaftaran Pengguna.’
  5. Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Buat permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Pelajar IPT 2024, sila layari laman web http://www.muip.gov.my/.


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 21965fa561e55710

Carian Biasiswa 2023


Advertisement