FELDA mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2023 yang layak untuk memohon ke Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University ambilan sesi 2024.
Perincian Tawaran
Menerusi program ini, pelajar akan ditawarkan dengan tawaran berikut:
- Tawaran tajaan peringkat Foundation dan Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).
- Elaun sara hidup sepanjang pengajian.
- Kemudahan penginapan.
- Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme.
- Neuro Linguistic Programming (NLP).
- Pensijilan IR4.0.
Program Pengajian
Program pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA adalah seperti berikut:
- Bahasa Antarabangsa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea): Tempoh Pengajian- 3 Bulan
- Foundation (Computing & Technology): Tempoh Pengajian-12 Bulan
- Ijazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology): Tempoh Pengajian- 36 Bulan
Bidang Pengkhususan seperti Cyber Security, Big Data, loT, FinTech, Computer Games Development, Multimedia VP/AR, Computer Science, Intelligent Systems, Software Engineering dan seumpamanya.
- Pensijilan IR 4.0: Tempoh Pengajian- 10 Hari
APU Certified Java Developer, APU Certified Cybersecurity Engineer, APU Certified Data Engineer, APU Certified Data Cloud Practitioner, APU Certified Network Administrator, APU Certified Animator, APU Certified Digital Marketing Specialist.
- Program Neuro Linguistik (FELDA)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:
- Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2023.
- Merupakan Anak Peneroka/Generasi Baharu FELDA/anak petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.
- Pemohon merupakan lepasan SPM 2023.
- Pemohon mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.
- Pemohon mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
Cara Memohon
Permohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu
– Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA: https://tinyurl.com/4ms6kp4k
– Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA: https://tinyurl.com/4k2ue9f5
- Isi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA 2024, sila hubungi:
- Farah Nadirah (Bahagian Akademik Yayasan FELDA): 03-2693 4224 fnadirah.ms@felda.net.my
- Shahrul (Bahagian Pendidikan FELDA): 03-2191 2084 mshahrul.r@felda.net.my