18/06/2023
Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang
- Listed: June 2, 2023 2:39 pm
Description
KEMASKINI! PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATAN BAGI TAHUN 2023
Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.
Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2023
A. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)
Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke
peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan
akademik dan kokurikulum.
Syarat Kelayakan
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon. - Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 seperti berikut:-
(a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
(b) Calon STPM : 4 Prinsipal A - Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
- Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
- Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
B. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)
Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan
kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP):
a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam.
Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2021/2022 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda
(FIA – ACCA)
Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.
Syarat Kelayakan
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di
Negeri Pahang Darul Makmur.
(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan
Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon. - Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam
kegiatan kokurikulum. - Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan
mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran
yang diambil. - Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
- Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang
PERMOHONAN BKMB dan SPC KINI DIBUKA!
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang menawarkan biasiswa paling berprestij untuk anak-anak Pahang iaitu Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB) dan Skim Pelajar Cemerlang ( SPC) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti tempatan bagi tahun 2023.
Sila layari laman web:
https://www.yp.org.my/
untuk terma dan syarat.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Jun 2023 (Ahad).
iNFO Penting Lain :-
- SENARAI BIASISWA TERKINI LEPASAN SPM/STPM 2023
- SENARAI 25 BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PELAJAR IPT 2023/2024
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..