Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

25/06/2023

Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor

  • Listed: June 10, 2023 6:27 am

Description

Advertisement

Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara merupakan biasiswa penuh dan pinjaman boleh ubah untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject 2023 QS World University Ranking).

Slider

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 25 JUN 2023 secara atas talian.

Pelajar adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor (TKWBNS) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah di Mesir, Jordan dan Maghribi

SYARAT AM
1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:

i. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
ii. Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
iii. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.
2. Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian SEPENUH MASA peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah di university yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi
3. Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
4. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
5. Pelajar, Ibu, Bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.
6. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).
SYARAT KHUSUS MESIR

PENGAJIAN ISLAM/ BAHASA ARAB

1. Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM; ATAU
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS Bahasa Inggeris; SERTA sekurang-kurangnya gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
a. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); ATAU
b. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); ATAU
c. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya; DAN
d. Bagi pelajar STAM 2019 yang telah menduduki Imtihan Qabul dan mencapai keputusan sekurang-kurangnya Mutawassit Awwal.

ULUM ISLAMIAH

1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A- bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’sarah, Pengajian Syariah Islamiah/ Al-Syariah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah/ Usul al-Din, atau Manahij al-Ulum alIslamiah/ Al-Adab wa al Balaghah; SERTA
2. Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
4. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.

PENGAJIAN ISLAM/ BAHASA ARAB

1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian gred A-, bagi mata pelajaran:
a. Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); ATAU
b. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; ATAU
c. Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah; SERTA
2. Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
a. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); ATAU
b. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); ATAU
c. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya.

INFO LANJUT DAN CARA MOHON KLIK SINI

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua pembiayaan ini, sila hubungi Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-5521 2275/03-5544 7484 atau emel ke tkwbns@selangor.gov.my.


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 8435a7161d084cd2

Carian Biasiswa 2023


Advertisement