05/03/2025
Skim Dermasiswa Koperasi Tentera
- Listed: January 23, 2025 8:50 am
Description
DERMS merupakan sumbangan untuk anak-anak anggota KT yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, 2, 3 dan Tingkatan 4.
Penilaian bagi anak-anak anggota KT yang layak akan ditentukan berdasarkan kepada keputusan gred dan markah Peperiksaan Akhir Tahun/Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).
Bagi anak-anak anggota KT yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 5 Mac 2025.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon DERMS adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada anggota KT sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.
- Gaji pokok/pencen mestilah di bawah RM5,000.
- Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.
- Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut iaitu:
- Muat turun borang permohonan menerusi pautan https://www.katmb.com.my/web/content/3244?unique=b133101c37cd08be528d77f4f39498fbec65261d atau di pejabat KT yang berhampiran.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang lengkap ke alamat berikut:
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk memohon DERMS 2025 adalah seperti berikut:
i) Pemohon (Anggota KT)
- MyTentera (Anggota ATM)
- MyKad (Awam/Pesara)
- Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
- Penyata Pencen Terkini/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja SendirI
ii) Pelajar (Anak)
- Mykad Pelajar
- Slip Peperiksaan Akhir Tahun
- Salinan Akaun Bank
Proses Penyaluran
Bagi pemohon yang layak, keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang ini dan anggota KT perlu memastikan akaun tersebut masih aktif.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 1-300-8000-58 atau mengunjungi cawangan KT berhampiran serta layari laman web https://www.katmb.com.my/.
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
