14/02/2020
Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Wilayah Persekutuan
- Listed: January 1, 2020 11:53 am
Description
Biasiswa kepada pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.
Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :
Pendapatan kasar ketua keluarga + pasangan + isi rumah yang bekerja (termasuk elaun tetap) Tidak melebihi RM1,000.00 = Bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan
ARAHAN
Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-
- Surat Beranak.
- Kad pengenalan pemohon, ibu, bapa / penjaga dan isi rumah yang lain.
- Penyata gaji / slip pencen terbaru ibu bapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
- Keputusan Peperiksaan UPSR.
- Gambar terbaru pemohon berukuran passport.
- Dokumen tambahan sekiranya ibu bapa bercerai, meninggal dunia, OKU atau pesakit kronik.
- Dokumen pemakluman sekiranya keluarga pemohon penerima bantuan Baitulmal MAIWP, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO atau lain-lain bantuan.
PERINGATAN
Permohonan yang berjaya sahaja yang akan dihubungi. Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian yang diberi tidak lengkap dan tidak benar.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN KLIK SINI
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..