Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed

 

30/04/2025

Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP)

  • Listed: April 3, 2025 8:29 am

Description

Program ini juga bermatlamat untuk membantu meningkatkan bilangan profesional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari rakyat Kelantan. Lepasan SPM adalah digalakkan untuk mohon.

Syarat kelayakan dan cara mohon seperti di bawah.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ingin menawarkan program biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di Negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan professional untuk mereka gunakan dalam mendapatkan pekerjaan sekali gus membantu keluar daripada kelompok kemiskinan.

Syarat Khusus bagi permohonan ini adalah;

  • Terbuka kepada semua lepasan SPM.
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  • Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.

Kelayakan akademik :

  • Lulus Certified Accounting Technician (CAT)/ACCA Foundation in Accountacy (ACCA FIA) atau lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dengan minimum PNGK 3.00.
  • Maksimum tempoh pengajian adalah terhad kepada 4 tahun sahaja
  • Denda akan dikenakan ke atas pelajar, sekiranya, pelajar di dapati GAGAL menepati syarat yang ditetapkan oleh MAIK.


MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PROGRAM INI, SILA MUATURUN DISINI.

Sekiranya memenuhi Syarat Khusus tersebut, sila SEMAK KELAYAKAN dibawah.

 

Secara atas talian (http://eagihan.e-maik.my)

Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK serta seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah Kod 28440 – Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK.

Untuk Senarai Penuh biasiswa 2025 KLIK SINI


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 820607242ecca5d2