OPEN
Bantuan Am Pelajaran IPT
- Listed: February 23, 2025 9:07 am
Description
Bantuan am ini merupakan bantuan awal kemasukan ke pusat pengajian untuk pelajar yang menerima tawaran di lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi kemasukan 2025/2026.
Bantuan ini ditawarkan kepada mereka yang berada dalam kategori asnaf Fisabilillah yang mendapat tawaran ke IPT.
Tujuan utama bantuan am ini diwujudkan adalah untuk membantu mereka yang tergolong dalam kategori asnaf ini untuk meneruskan pengajian mereka di IPT menerusi bantuan pembiayaan yang disalurkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Tempoh Permohonan
Tempoh permohonan ini dibuka mulai 3 Februari 2025 sehingga 30 November 2025.
Syarat & Kelayakan
Syarat dan kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Telah bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan sehingga kini.
- Permohonan bagi awal kemasukan sahaja (lampirkan surat tawaran semasa).
- Mod pengajian sepenuh masa sahaja.
- Semua peringkat pengajian (Sijil, Diploma, ljazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah).
- IPTA/S di dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Bidang/kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan hukum syarak.
- Pemohon yang belum bekerjaya atau tiada pendapatan tetap.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke www.mains.gov.my/agihan/
- Klik ‘Klik Di Sini.’
- Daftar masuk sistem pada ‘Daftar Baru.’ Pastikan no kad pengenalan di masukkan dengan lengkap tanpa simbol (-)
- Nama penuh seperti yang dinyatakan dalam MyKad Permohonan yang dibuat adalah berdasarkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan sahaja.
- Masukkan alamat emel yang aktif dan digunakan
- Masukkan no.telefon yang betul dan masih aktif
- Masukkan katalaluan anda dan klik ‘Sign Up.’
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan kemudian klik login.
- Lengkapkan permohonan dan hantar.
Pertanyaan Lanjut
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan, sila hantarkan e-mel ke unitpendidikan@mains.gov.my.
Advertisement
FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
