Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed

 

19/04/2026

Biasiswa Orang Muda Johor

  • Listed: April 14, 2026 3:45 pm

Description

Biasiswa Orang Muda Johor merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama di universiti terkemuka di dunia.

Permohonan biasiswa ini dibuka  sehingga 19 APRIL 20265.

 

Info: Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama dalam bidang- bidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia.

Di antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Syarat Umum

  • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di Johor sekurang – kurangnya 5 tahun berturut – turut (dari tarikh permohonan);
  • Berstatus bujang / belum berkahwin;
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Mempunyai kesihatan yang baik (fizikal dan mental);
  • Tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah dan tidak disenarai hitam; dan
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A bagi matapelajaran berikut:

  • 1. Bahasa Melayu;
  • 2. Bahasa Inggeris;
  • 3. Matematik
  • 4. Sejarah
  • 5. Matematik Tambahan;
  • 6. Fizik
  • 7. Kimia
  • 8. Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul Al-Din/ Al- Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan
  • 9. Satu (1) mata pelajaran lain.

Tatacara Permohonan

Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) bermula 6 APRIL 2026 di laman sesawang YPJ

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Orang Muda Johor 2026, sila layari laman web https://portal.ypj.gov.my/bantuan-pendidikan/biasiswa-orang-muda-johor/




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 4864925b6173b59