Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed

 

15/02/2026

Biasiswa JPA – Program Ijazah Lanjutan Tahun 2026

  • Listed: January 9, 2026 3:10 am

Description

JPA Scholarship 2026

Permohonan Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2026 mulai 13 Januari 2025 sehingga 15 Februari 2026

Permohonan bagi Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2026 dibuka mulai 13 Januari 2026 (Selasa) jam 5.00 petang hingga 15 Februari 2026 (Ahad) jam 5.00 petang.

Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ ibu/ bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/ disenarai hitam pinjaman JPA. Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/ disenarai hitam, sila hubungi Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi di talian 03-8885 3475/3492 atau e-mel kutipan@jpa.gov.my (waktu pejabat sahaja) dalam tempoh 13 Januari 2026 hingga 10 Februari 2026 untuk penyelarasan lanjut. Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.

 

Notis Iklan PIL

Soalan Lazim

Pautan Permohonan

Untuk pelajar cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) lepasan Ijazah Pertama untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka tawaran bagi Program Ijazah Lanjutan.

Berikut adalah info mengenai penajaan ini dan cara untuk memohon.

Program Ijazah Lanjutan merupakan progran penajaan yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di universiti luar negara yang tersenarai dalam kedudukan 100 teratas Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings Tahun 2026 dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Program ini memberi ruang mendapatkan nilai tambah melalui pendedahan kemajuan akademik dan teknologi luar negara.

Untuk permohonan tahun 2026, permohonan dibuka mulai 13 Januari 2026 sehingga 15 Februari 2026.

Syarat Umum

Syarat umum kepada calon-calon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun permohonan.
  3. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon.
  4. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  5. Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  6. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon.
  7. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  8. Sekiranya ditawarkan penajaan, pelajar tidak dibenarkan bekerja sehingga tamat tempoh penajaan.
  9. Penjawat awam tidak dibenarkan memohon.
  10. Bagi pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Pertama, obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa.
  11. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/ tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  12. Pelajar yang telah memulakan pengajian perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan.
  13. Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah; dan
  14. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2026.

Syarat Khusus

Kelayakan minimum akademik di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:

  • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau

 

  • Bagi negara pengajian yang mempunyai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) termasuk Australia, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:

 

Negara Pengajian Sistem Penggredan Kelayakan Akademik Minimum
1. Amerika Syarikat CGPA 3.50 – 4.00
2. Korea CGPA 3.50 – 4.50/ 3.30 – 4.30
3. Jepun CGPA 2.50 – 4.00
GPA 85% S/A+/A+B

(50% S/A+/A)*

4. Australia Peratus 75 – 100
Numerik 7 6.00 – 7.00
5. New Zealand Peratus 70 – 100
Numerik 9 5.00 – 9.00
6. Perancis Purata (Moyenne) 14.00 – 20.00
7. Jerman Note 2.50 – 1.00
8. United Kingdom Peratus 60 – 100
*85% S/A+/A+B – Jumlah gred S/A+/A dan B yang diperoleh adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred S/A+/A.

 

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

 

Cara Memohon

INFO LANJUT DISINI

MOHON SEKARANG!!

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama dalam bentuk pinjaman boleh ubah untuk memohon penajaan Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2026:

️ Tarikh permohonan: 13 Januari 2026 – 15 Februari 2026

Pautan: https://penajaan.jpa.gov.my
Pertanyaan: 03 – 8885 3297 / pil2026@jpa.gov.my

UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA MALAYSIA 2026 KLIK SINI




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 97956de42abe313e