Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed

 

12/04/2026

Biasiswa Yayasan Terengganu Tahun 2026

  • Listed: March 31, 2026 1:46 am

Description

TAWARAN BIASISWA/PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2026

Yayasan Terengganu mempelawa para pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman yang memenuhi syarat-syarat KERAKYATAN  dan KELAYAKAN AKADEMIK yang ditetapkan untuk memohon Biasiswa Pelajaran Tahun 2026 dibawah program yang ditawarkan sebagaimana berikut (sila klik):

Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) dan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu 2026 akan dibuka bermula 01 April 2026 hingga 12 April 2026.
Syarat Kelayakan boleh disemak melalui QR kod yang disediakan.

PENGAJIAN DALAM NEGARA

▪︎Biasiswa Foundation Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
▪︎Biasiswa Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kedah

PENGAJIAN LUAR NEGARA

▪︎Biasiswa Program Persediaan Luar Negara dalam Bidang Sains/Kejuruteraan/ Perakaunan
▪︎Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pergigian Di Jordan
▪︎Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam Di Jordan
▪︎Biasiswa Persediaan Dual Ijazah Universiti Malaysia Pahang (UMP)
▪︎Pinjaman (Boleh Ubah) Ijazah Pertama Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Di Jordan

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line)  menerusi ytpenajaan.terengganu.gov.my

KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi http://ytpenajaan.terengganu.gov.my

PENAWARAN
Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, lulus temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

TUTUP PERMOHONAN 12 APRIL 2-26

APPLY NOW!




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 750607246e2cbf4b