Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed

 

31/03/2020

Biasiswa JPA Scholarship – Program Biasiswa Komanwel New Zealand

  • Listed: February 28, 2020 10:34 pm

Description

PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2020

1.Calon perlu berumur tidak melebihi 39 tahun pada 1 Oktober 2020.

2.Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan www.nzscholarships.govt.nz

3.Calon perlu memohon secara online melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my.

4.Bagi calon bukan kakitangan Kerajaan (swasta, pelajar, tidak bekerja), borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan(1 asal dan 1 salinan fotostat) selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020

ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

5.Manakala bagi calon yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan (penjawat awam), calon juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2020.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan(1 asal dan 1 salinan fotostat) kepada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan masing-masing.

Pencalonan daripada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan perlu dihantar ke JPA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020

Mohon Segera!!


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 1885e68f6e63157e