Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

OPEN

Biasiswa BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS)

  • Listed: March 4, 2024 1:11 am

Description

Advertisement

BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS)

undergraduate-2023-EN

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) komited untuk memupuk bakat muda Malaysia yang akan memainkan peranan penting dalam memajukan agenda pembangunan negara melalui program ‘BPMB Award of Group’s Undergraduate Scholarship (BAGUS) kami.

Terbuka kepada pelajar cemerlang Malaysia, program BAGUS menawarkan peluang untuk pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan perbankan di universiti berprestij di dalam dan luar negara. Pemohon yang layak mesti memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 23 tahun.
  • Tamat program Pra-universiti/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mana-mana daripada yang berikut:
    • STPM / A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
    • Diploma / Matrikulasi: Purata Gred Pencapaian Kumulatif (CGPA) minimum 3.50
    • Matrikulasi Australia: Sekurang-kurangnya ATAR 80%
    • Program Asasi Amerika: Sekurang-kurangnya mata skor SAT 1,200
  • SPM: Sekurang-kurangnya 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  • Keupayaan untuk menunjukkan kualiti dan potensi kepimpinan.
  • Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
  • Pemohon mestilah bukan penerima biasiswa atau anugerah lain daripada organisasi/Yayasan lain.
  • Permohonan daripada pelajar sarjana muda tahun 1 juga akan dipertimbangkan.

Para penerima biasiswa kami akan memiliki akses kepada pendidikan bertaraf dunia, mengikut senarai universiti pilihan Bank untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berikut:

  1. Perniagaan (Perakaunan, Perniagaan & Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi)
  2. Kejuruteraan dan Teknologi (Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains Komputer, Analis Data)
  3. Kajian Berkaitan Perbankan Lain (Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-Undang, Berkaitan Syariah, Sains Politik, Falsafah, Psikologi, dll)

Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, sara hidup, dan elaun berkaitan.

Setelah menyelesaikan program ijazah sarjana muda dengan berjaya, penerima biasiswa akan diberi peluang untuk bekerja di Bank Pembangunan, dengan komitmen untuk berkhidmat di Bank untuk tempoh enam (6) tahun.

Untuk memohon, sila hantar permohonan anda ke BAGUS@bpmb.com.my  sebelum 15 Julai 2024.

Permohonan menggunakan keputusan ramalan dari bulan Mei 2024 diterima. Keputusan rasmi perlu dihantar selepas dikeluarkan oleh pihak Universiti. Calon yang disenarai pendek akan menjalani penilaian dan temuduga.

Di Bank Pembangunan, kami komited untuk memberi impak yang bermakna dalam komuniti kami, dengan tumpuan kepada kepelbagaian dan inklusiviti. Selaras dengan komitmen ini, program biasiswa BAGUS juga tersedia untuk pelajar Asnaf melalui peruntukan zakat untuk memastikan pelajar yang layak meneruskan pendidikan tinggi tanpa beban kewangan. Pasukan Pengurusan Syariah Kumpulan kami mengawasi peruntukan zakat untuk program biasiswa ini dan bekerjasama secara langsung dengan universiti-universiti tempatan terpilih untuk memudahkan proses tersebut.

Universiti Pilihan di United Kingdom:

  1. University of Oxford
  2. University of Cambridge
  3. Imperial College London
  4. University College London (UCL)
  5. University of Edinburgh
  6. King’s College London
  7. London School of Economics and Political Science
  8. University of Manchester
  9. University of Bristol
  10. University of Glasgow
  11. University of Southampton
  12. University of Birmingham
  13. University of Sheffield
  14. University of Warwick
  15. University of Leeds
  16. University of Nottingham
  17. Queen Mary University of London
  18. University of York
  19. Lancaster University
  20. University of Liverpool
  21. Newcastle University
  22. Durham University
  23. University of Exeter
  24. Cardiff University
  25. University of St Andrews
  26. University of Aberdeen
  27. University of Leicester
  28. Queen’s University Belfast
  29. University of Reading
  30. University of Sussex

Universiti Pilihan di Amerika Syarikat:

  1. Stanford University
  2. Massachusetts Institute of Technology
  3. Harvard University
  4. Princeton University
  5. California Institute of Technology
  6. University of California, Berkeley
  7. Yale University
  8. The University of Chicago
  9. Johns Hopkins University
  10. University of Pennsylvania
  11. Columbia University
  12. University of California, Los Angeles
  13. Cornell University
  14. University of Michigan-Ann Arbor
  15. Carnegie Mellon University
  16. University of Washington
  17. Duke University
  18. New York University
  19. Northwestern University
  20. University of California, San Diego
  21. Georgia Institute of Technology
  22. University of Illinois at Urbana-Champaign
  23. University of Texas at Austin
  24. University of California, Davis
  25. University of Wisconsin-Madison
  26. Brown University
  27. Washington University in St Louis
  28. University of California, Santa Barbara
  29. University of North Carolina at Chapel Hill
  30. University of Southern California

Universiti Pilihan di Australia:

  1. University of Melbourne
  2. Monash University
  3. University of Sydney
  4. Australian National University
  5. The University of Queensland
  6. UNSW Sydney
  7. University of Adelaide
  8. The University of Western Australia
  9. University of Technology Sydney
  10. Macquarie University

Universiti Pilihan di Malaysia:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. Universiti Islam Antarabangsa (UIA/IIUM)

Hantarkan permohonan anda kepada kami di BAGUS@bpmb.com.my atau ke alamat di bawah:

BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS)
Aras 20, Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2611 3888
Faks: 03-2698 4395

More info Click Here

Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 69156a424b9a24bb

Carian Biasiswa 2023


Advertisement