Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

02/02/2024

Bantuan IPTA – Yayasan LTAT

  • Listed: January 1, 2024 10:40 am

Description

Advertisement

Mengenai Bantuan IPTA Yayasan LTAT

Untuk pengetahuan, Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“Kumpulan LTAT”) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (“BHB”) dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (“YWP”).

Pada 1 Mei 2021, Yayasan LTAT telah melalui transformasi serta penstrukturan semula dan diuruskan secara sepenuh masa oleh pengurusan dan kakitangannya sendiri dengan tujuan utama penubuhan iaitu untuk menjaga kebajikan serta membiayai pendidikan anak-anak anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”).

Salah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada anak-anak anggota ATM adalah melalui Bantuan IPTA Yayasan LTAT.

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan ini dibuka sehingga 2 Februari 2024 sahaja.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 21 tahun.
  3. Telah mendapat tawaran mengikuti program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama sepenuh masa di Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2023/2024.
  4. Tamat Pengajian SPM/SPMV atau Asasi/Matrikulasi dan STPM sahaja yang layak memohon.
  5. Bukan di kalangan pemegang Diploma/Diploma yang ditawarkan Program Penerapan/Trek Pantas ke peringkat Ijazahpertama.
  6. Permohonan daripada anak-anak warga ATM yang sedang berkhidmat sahaja.
  7. Pemohonan Bantuan IPTA sesi 2023/2024 akan ditolak sekiranya memohon Dermasiswa Premium 2023.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1K-gd-23eWbwzprm6OWNy-vRD5P93gGco?fbclid=IwAR08IWmxO33tR23amIPiyiz6kkF2u8L6Hl53UNmsha3c5e6YebS3bjZtYsM.

Isi borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.

Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada Sel Pendidikan Perkhidmatan masing-masing iaitu:

i) Darat
Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan TD)
Tel: 03-40133409

ii) Laut
Markas Tentera Laut Cawangan Pembangunan
Sumber Manusia
(Untuk Perhatian: Pejabat Pendidikan)
Tel: 03-40160113

iii) Udara
Markas Tentera Udara Cawangan Perkhidmatan
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan)
Tel: 03-40170066

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu disahkan oleh Pasukan adalah seperti berikut:

  1. 2 x salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. 2 x salinan penyata akaun SSPN Prime pemohon (jika ada). Jika tiada akaun SSPN Prime, pembukaan akaun akan dilakukan oleh PTPTN.
  3. 2 x salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh kerajaan dan disahkan oleh pendaftar universiti.
  4. 2 x salinan resit bayaran/transaksi online yang telah disahkan oleh pihak Pejabat Bendahari Universiti.
  5. 2 x salinan Slip Keputusan SPM/SPMV.
  6. 2 x salinan Transkrip Akademik Asasi/ Matrikulasi/Slip keputusan STPM.
  7. 2 x salinan My Tentera ibu/bapa atau penjaga.
  8. h. Jika Anak Angkat/Anak Tiri hendaklah disertakan PERBAH II Pasukan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Bantuan IPTA Yayasan LTAT, sila hubungi Yayasan LTAT di talian 03-20222069.


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 92056d6c32bae984

Carian Biasiswa 2023


Advertisement