Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

23/06/2023

Biasiswa JPA Scholarship – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara

  • Listed: June 8, 2023 10:36 pm

Description

Advertisement
TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) 
PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA
TAHUN 2023

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARATAHUN 2023

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Dalam Negara.

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2023 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada  pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.


PERMOHONAN PROGRAM KHAS LEPASAN SPM DALAM NEGARA (LSPM) TAHUN 2023 
  Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 untuk memohon penajaan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) Tahun 2023.

Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka bermula 12 Jun 2023 (jam 12.00 tengah hari) sehingga 23 Jun 2023 (jam 11.59 malam).

Calon yang disenaraikan sahaja dibenarkan untuk memohon program ini.

Klik di sini untuk lihat senarai calon.

Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah:

Iklan LSPM

FAQ LSPM

Sila klik di sini untuk memohon

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke lepasanspm2023@jpa.gov.my

(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Permohonan dibuka secara atas talian (online) | Mohon Segera!!

iNFO Penting Lain :-


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 6558ca7f4c129e4

Carian Biasiswa 2023


Advertisement