Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


Advertisement

 

28/02/2020

Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IDB)

  • Listed: February 1, 2020 12:17 pm

Description

Advertisement

Bank Pembangunan Islam (IDB) menawarkan biasiswa di peringkat ijazah sarjana muda, master, Doktor Falsafah (Ph.D) dan pasca kedoktoran secara sepenuh masa dalam bidang yang telah dikhususkan oleh IDB.

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah Syarat kelayakan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut :

Ijazah Sarjana Muda

  • Warganegara mana-mana negara anggota IsDB atau komuniti Islam yang bukan ahli
  • Menamatkan pendidikan menengah (atau setara dengan kira-kira 12 tahun pendidikan) dengan gred yang baik dalam mata pelajaran utama.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa lain pada masa permohonan dan semasa pengajian di bawah program biasiswa IsDB.
  • Sihat dan bersedia menjalani ujian perubatan selepas pemilihan.
  • Pemohon mestilah telah ditawarkan melanjutkan pengajian dari salah satu universiti yang telah disenaraikan dalam kalangan 10 universiti terbaik di negara masing-masing.

Master

  • Menjadi warganegara dari mana-mana negara anggota IsDB atau komuniti Islam di negara-negara bukan ahli.
  • Menamatkan pengajian dengan gred yang “BAGUS” di peringkat ijazah sarjana muda
  • Bidang pengajian yang dicadangkannya adalah dalam bidang yang diluluskan oleh IsDB
  • Disarankan oleh tiga orang dalam kalangan (profesional atau akademik)
  •  Tidak menerima sebarang biasiswa lain atau terikat dengan program atau perkara lain yang bakal mengganggu pengajian melainkan jika calon memaklumkan kepada pihak IsDB secara bertulis
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik

PhD

  • Memperolehi ijazah Sarjana Muda (untuk pengajian Ph.D) dalam salah satu bidang yang diluluskan dalam program
  • Memiliki kedudukan akademik di atas purata (“Sangat Baik”)
  • Mempunyai pengalaman kerja dan / atau penyelidikan akan memberi kelebihan
  • Mengikuti bidang pengajian dan / atau penyelidikan yang dicadangkan dalam salah satu bidang yang disenaraikan di bawah bidang pengajian yang diluluskan untuk program ini dengan kaitannya dengan saintifik dan perkembangannya ke negara yang jelas ditunjukkan dalam suatu cadangan penyelidikan
  • Tidak menerima/terikat dengan sebarang biasiswa atau perkara yang akan menggangu  pengajian melainkan jika dipersetujui oleh IsDB
  • Tahap kesihatan yang baik

Pasca kedoktoran

  • Memiliki ijazah PhD dalam salah satu bidang yang diluluskan dalam program ini
  • Memiliki kedudukan akademik di atas purata (“Sangat Baik”);
  • Tidak kurang dari dua (2) tahun pengalaman dalam bidang penyelidikannya
  • Memiliki rekod penerbitan / penyelidikan dalam bidang yang sama.
  • Melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian dan / atau penyelidikan yang dicadangkan di salah satu bidang yang disenaraikan di bawah bidang pengajian yang diluluskan untuk program ini dengan kaitannya dengan saintifik dan perkembangannya ke negara yang jelas ditunjukkan dalam satu cadangan penyelidikan.
  • Tidak menerima/terikat dengan sebarang biasiswa atau perkara yang akan menggangu  pengajian melainkan jika dipersetujui oleh IsDB
  • Tahap kesihatan yang baik

Disiplin

Medicine, Dentistry, Pharmacy, Nursing, Medical Laboratories, Microbiology, Public Health, Nutrition, Health Services Management, Bio-Medicine, Medical Technology, Veterinary, Chemistry, Biology, BioTechnology Engineering: Civil, Mechanical, Chemical, Electrical, Surveying, Urban Planning Agriculture and Forestry Industrial Technologies Physics, Geology dan bidang berkaitan Computer Science, Information Technology, Telecommunication dan Electronics selain bidang berkaitan.

Maklumat Am

  • Yuran pengajian
  • Kos sara hidup
  • Insurans kesihatan
  • Tiket penerbangan pergi dan balik

Cara memohon Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IDB) 2020

Pemohon yang berminat untuk memohon boleh KLIK pada pautan berwarna hijau diatas untuk terus ke laman rami permohonan. Permohonan akan ditutup pada  28 Februari 2019.

Maklumat lanjut boleh  KLIK DISINI.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Untuk menghubungi mereka bagi sebarang pertanyaan lanjut boleh terus layari laman web rasmi IDB https://www.isdb.org/get-involved/scholarship-programme.

Updated!! Full Scholarships List 2020 Click Here

APPLY NOW!!!


Advertisement




FOR LATEST SCHOLARSHIPS INFO DIRECT TO YOUR PHONE - PLEASE JOIN OUR TELEGRAM => CLICK BELOW..
Ad Reference ID: 5545a7456c65fb54

Carian Biasiswa 2023


Advertisement